Aku dan Streamyx
Kisah dan pengalaman bersama Streamyx dari TMNet
24.8.05
Bermulanya Gojira dan Streamyx
Pada mulanya, aku telah lama mengetahui akan adanya perkhidmatan ini dari
TMNet
. Walau bagaimana pun, hati ini tidak terbuka kepadanya lagi sedangkan masih selesa dengan menggunakan kaedah '
Dial-up
' dari
Jaring
.
Akan tetapi, disebabkan pada bulan Ogos ini, pelbagai tawaran menarik sempena
Merdeka
diiklankan di kaca-kaca tv. Salah satunya tawaran merdeka dari
Streamyx
ini. Makan tak kenyang, tidur tak lalu dibuatnya.
Akhirnya, aku pun berjaya diperdayakan dengan iklan-iklan tersebut. Maka aku mula mengorak langkah dan membuat pendaftaran secara dalam talian melalui halaman
TMNet Streamyx
. Itu aku lakukan pada 10 Ogos lalu. Setelah itu, hari-hari aku cuba melihat status pendaftaran aku tu. Musykil dibuatnya. Jawapan yang aku dapat dari mereka macam menunjukkan aku tak pernah mendaftar. Atau, mungkin aku membuat satu kesalahan semasa mendaftar. Atau, pasal bil telefon ada tertunggak lagi. Aku buat bodoh je lepas itu.
Ahh.. tak boleh jadi. Aku makin tidak sabar, sedangkan hari-hari aku disajikan dengan iklan Streamyx yang kerap keluar di kaca tv. Pada tanggal 19 Ogos lalu, aku sekali lagi mendaftar secara dalam talian. Akhirnya, pendaftaranku berjaya. Hari-hari aku menyemak status pendaftaranku itu. Dan pada tanggal 22 Ogos, di waktu pagi, aku mendapat panggilan dari seseorang yang mengatakan hendak datang ke rumah petang itu untuk memasang Streamyx.
Maka, pada malam itu aku mula menggunakan Streamyx dan membuat sedikit ujian kelajuan jalur lebar tersebut dengan menggunakan
Speedometer
. Dan inilah hasilnya :
Arrgggggghhhhhhhhhh!!
Inikah kelajuan sebenar
pakej Streamyx Basic 1.0M
???
#
posted by goJiRa @ 23:30
Comments:
Post a Comment
<< Home
Tentang Penyumbang
GoJiRa
Qiddas
Khyroll
? ?
Pasal
Streamyx Lama
Streamyx 2006
Daftar Dalam Talian
TM Net Speedometer
Jaring Bandwidth Meter
Perkhidmatan Dalam Talian TM Net
Catatan Terkini
Kelahiran Catatan Ini
Arkib
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
October 2006
November 2006
January 2007
March 2007
April 2007