27.8.05

 

My Streamyx and Me.

So there I was in front of my pc just fresh from work, or rather, not so fresh from work. (It had been a long day and I was smelling like a wet pair of socks that had been stuffed down the pants of an... er, never mind.)

Well, anyway, there I was, in front of the pc and I was just about to connect to good ol' TmNet 1515 when I realized there were a few wires that were mysteriously dangling from the side of table. I peered over to investigate and discovered that it was a network cable wire. Connected to it was an ADSL modem in all its ADSL modemness glory! "Holy SHIIIT!", I says. "It's arrived!"

For about a month I waited and finally it came. Lovely, lovely 1mbs connection!

Now, about this point, most people would expect this sort of story to wind up with me complaining about some shitty-assed problems with my Streamyx connection and all. Sorry, aint gonna happen. Just because a measly, oh I dont know... 20% of the masses have shitty connection aint gonna sway the fact that I've got a great 1mbps connection and TmNet has done me good. I dont like to complain just for the sakes of complaining and the bottom line is, Streamyx has been good to me, and if it dont for you, thats just too bad. And about this point of my writing, I'd bet a few typical people'd that I know would be saying, "Ha, eksen... esok kalau kena kat kau, baru padan muka kau".

Until that day comes, I'll just grin and happily download my 5gig torrent file.

But I digress.

Of course, just for stories sakes, I DID have 1 problem with my connection being a tad slow and thanks to the help of the Streamyx dude (and Gojie), the bumped my speed up to the 1mbps speed from the WRONG speed which was 512.

2 months later, lightning struck and my network card and modem were fried. Which was a very very sad 14days for me. 2 weeks of non internet usage. Its mind boggling, I tells you. A loss of about RM39.76. Anyway, long story short, got a modem from Lelong.com.my.

The End.

24.8.05

 

Bermulanya Gojira dan Streamyx

Pada mulanya, aku telah lama mengetahui akan adanya perkhidmatan ini dari TMNet. Walau bagaimana pun, hati ini tidak terbuka kepadanya lagi sedangkan masih selesa dengan menggunakan kaedah 'Dial-up' dari Jaring.

Akan tetapi, disebabkan pada bulan Ogos ini, pelbagai tawaran menarik sempena Merdeka diiklankan di kaca-kaca tv. Salah satunya tawaran merdeka dari Streamyx ini. Makan tak kenyang, tidur tak lalu dibuatnya.

Akhirnya, aku pun berjaya diperdayakan dengan iklan-iklan tersebut. Maka aku mula mengorak langkah dan membuat pendaftaran secara dalam talian melalui halaman TMNet Streamyx. Itu aku lakukan pada 10 Ogos lalu. Setelah itu, hari-hari aku cuba melihat status pendaftaran aku tu. Musykil dibuatnya. Jawapan yang aku dapat dari mereka macam menunjukkan aku tak pernah mendaftar. Atau, mungkin aku membuat satu kesalahan semasa mendaftar. Atau, pasal bil telefon ada tertunggak lagi. Aku buat bodoh je lepas itu.

Ahh.. tak boleh jadi. Aku makin tidak sabar, sedangkan hari-hari aku disajikan dengan iklan Streamyx yang kerap keluar di kaca tv. Pada tanggal 19 Ogos lalu, aku sekali lagi mendaftar secara dalam talian. Akhirnya, pendaftaranku berjaya. Hari-hari aku menyemak status pendaftaranku itu. Dan pada tanggal 22 Ogos, di waktu pagi, aku mendapat panggilan dari seseorang yang mengatakan hendak datang ke rumah petang itu untuk memasang Streamyx.

Maka, pada malam itu aku mula menggunakan Streamyx dan membuat sedikit ujian kelajuan jalur lebar tersebut dengan menggunakan Speedometer. Dan inilah hasilnya :
Laju ke ni?Arrgggggghhhhhhhhhh!!

Inikah kelajuan sebenar pakej Streamyx Basic 1.0M???

23.8.05

 

Kelahiran Catatan Ini

Dengan ini, pada tanggal 23 Ogos 2005, maka lahirlah satu ruangan catatan "Aku dan Streamyx". Ia bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan panduan sebagai Pengguna Jalur Lebar Berbayar Streamyx dari TMNet.

Jumpa lagi.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?