15.10.06

 

Kawan punya Modem Streamyx

Maklumat disalin dari Forum Broadbandreports.com
Gambar disalin dari PortForward.com

Riger ADSL Modem 2/2+ DB102

Modem ini akan diberi bagi Pakej terbaru dari Streamyx. Kawan aku
ni dapat dari Pakej RM20 + RM5 sebulan tu. Pakej 10 jam percuma
broadband dengan modem percuma.

Sedikit info ringkas :
1) Jenama : Riger ADSL Modem 2/2+ DB102
2) Pembekal :
- Riger Corporation (M) Sdn. Bhd.
- Telekom R&D
3) Warna : Biru Gelap
4) Saiz : Lebih kurang 10cm x 10cm x 3cm
5) Alat Tambahan : Kabel UTP, Splitter, Kabel Telepon, CD dan Manual.


Modem ini boleh berfungsi sebagai 'Bridge' dan 'Router' Mode

Aturcara pendail ada terdapat dalam CD.
(Bagi pengguna Windows XP, kaedah pendail tidak perlu menggunakan
aturcara tersebut.)

Setting Asal :
gateway ip: 192.168.1.1
subnet mask: 255.255.255.0

Konfigurasi dari Browser
http://192.168.1.1
username: tmadmin
password: tmadmin


Cara untuk menjadikan modem ini dalam "Router Mode".
Menu Utama. Terima kasih PortForward.com

Klik pada butang "Quick Configuration", kemudian dalam menu
"Encapsulation" pilih 'PPPoE LLC'. Default Route akan menjadi
'Enable'. Seterusnya, masukkan Username dan Password Streamyx
anda. Masukkan juga Primary & Secondary DNS iaitu 202.188.0.133
dan 202.188.1.5. Akhirnya, klik butang 'Submit' di bawah.

Setelah itu, klik Menu 'Admin' dan pilih 'Commit & Reboot'
pada sebelah kiri. Kemudian, klik butang 'Commit' untuk
menyimpan semua perubahan setting yang telah dibuat dan
setelah itu klik butang 'Reboot' untuk proses me'reboot'
semula modam tersebut.

Setelah modem selesai melakukan 'reboot', pergi ke menu
utama semula. Klik pada menu 'WAN' yang akan membuka bahagian
'WAN Interfaces'. Jika pada sub-bahagian PPPoE bertitik warna
hijau menunjukkan anda sudah berjaya membuat sambungan terus
ke Internet.

11.10.06

 

Surat Kepada Cik Streamyx lagi...

Streamyx saya masih tidak AKTIF
Daripada : gojira.jr(a)gmail(.)com
Kepada : custcare@tm.net.my
Tarikh : 11-Oktober-2006 00:01
Perkara: Streamyx saya masih tidak AKTIF

Selamat Malam...

Saya mulakan dengan maklumat diri saya :
- Pakej Streamyx : Streamyx G.Lite Home Basic RM88
- Nombor Akaun Streamyx : 20050-207-XXX-XXX
- Username :
- Keadaan lampu DSL : tidak menyala
- Error Messages :
Mesej pada modem - PPP session is not ready!
Mesej pada Browser - Page not found!
- Jenama Modem : ZTE ZXDSL 831
- Operating System (Win 98/ Win XP) : Win ME
- Nombor Telepon : 07-59xxxxx
- Pernyataan Masalah : Tiada access ke INTERNET.

Akaun Streamyx saya masih tidak AKTIF. Sejak saya membuat
permohonan untuk memindahkan talian Streamyx saya ke nombor
baru 07-59xxxxx, pada 4 Oktober lalu, saya masih lagi tidak
dapat menggunakan perkhidmatan Streamyx ini.

Semasa memohon, pegawai yang terlibat, menyatakan sambungan
akan aktif dalam masa 24jam. Setelah 24jam, saya beberapa
kali membuat aduan di 1300-88-9515, akan tetapi akhirnya
diberi sebab bahawa permohonan saya ini belum cukup 3 hari.
Akhirnya, selepas seminggu menunggu, saya masih lagi gagal
untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Apa yang telah saya lakukan :
1. Talian telepon rumah saya sememangnya berfungsi,
boleh menerima dan membuat panggilan.
2. Modem ZTE saya juga berfungsi kerana telah diuji ditalian
lain dengan menggunakan akaun streamyx yang lain.
3. Lampu DSL pada modem tidak menyala setelah modem melakukan
proses pengaktifan. (sila lihat gambar yang dilampirkan)
4. Katanama dan katalaluan saya benar dengan mencubanya di
https://tmbill.tm.net.my/SelfCare/Maintenance/selfcareLogin.jsp

Untuk makluman, bill terkini saya tertunggak sebanyak RM88 sehingga
20 Oktober ini. Saya juga ingin pihak TMNET mempercepatkan proses
pengaktifan talian Streamyx saya dan memohon agar diberikan REBAT
kerana sudah agak lama tidak dapat menggunakan perkhidmatan yang dibayar.

Sekian, terima kasih.

Gojira Muda
019738XXXX


This page is powered by Blogger. Isn't yours?