16.4.07

 

Bil terkini dalam talian aku...

Cuba korang perhatikan bil terkini aku ni, agak-agak korang jeles tak?


Kalau ikut-ikut, kira aku ada 2 bulan lebih, untuk main internet percuma... he he he.. cam ne boleh dapat? Nanti le aku cerita...

Jumpa lagi....

22.3.07

 

Marahku pada Staff Sokongan Streamyx TMNut

Sebenarnya, aku ada cerita terbaru berkaitan dengan Streamyx di rumah aku ini. Pada mulanya, malas untuk disebarkan kepada orang. Akan tetapi, aku rasa akan ku sebarkan jua. Ini disebabkan, sikap pekerja-pekerja sokongan dalam TMNut semakin tidak berorientasikan mesra pelanggan. Mereka bukan hanya mahu menyelesaikan masalah pelanggan, akan tetapi hanya rela kena marah, mengambil laporan pelanggan (Jika Perlu) dan ada yang berani memberi nama palsu, samaran atau nama orang lain.

Ntah le..

Esok pagi aku akan pergi ke TM Pundek Kulai, bagi menyelesaikan masalah-masalah aku ni. Tapi, kalau tak selesai juga, memang itu lah konsep tradisi TM Nut dan Syarikat2 TM yang lain.

Hidup TM.. Kaya TM.. Untung TM.. Hati pelanggan tak jaga tak pe, ramai lagi pelanggan 'mati-keras' dia...

p/s bagi pekerja TM yang tidak terlibat, jangan kecik hati pulak.

25.1.07

 

Merendahkantaraf Akaun

Aku dah merendahkantaraf akaun streamyx aku.
Dari Pakej RM88 sebulan (Streamyx Basic 1.0M)
ke Pakej RM44 sebulan (Streamyx Basic 512k)
Jadi la tu.. Kalau rezeki lebih besok besok, baru le
amek pakej yang 2.0M pulak..
tih tih tih...

14.11.06

 

Aku salah tengok ke?



Macam tak percaya. Betul ke? Ke hanya bagi bila aku jarang-jarang masuk?
Kalau selalu2 masuk.. Kalau selalu2 'download' nanti, apa jadi agaknya ek!

8.11.06

 

Akhirnya.. kini pasti..


Malam kedua aku melayari internet dengan jalurlebar Streamyx semula. Sudah sekian lama, hanya menantinya. Dan ini sahaja yang ku dapat.

Perlukah ku mengadu?
Nak hubungi Pusat Interaksi Pelanggan di 1-300-88-9515
ke nak emel sahaja ke custcare [a] tm [.] net [.] my

This page is powered by Blogger. Isn't yours?