20.10.05

 

Surat untukmu 2

Pagi semalam, selepas bersahur aku cuba nak masuk streamyx. Modem dihidupkan. Komputer dihidupkan. Selepas semua semacam telah sedia, aku pun mula menekan ikon 'browser'. Tetiba macam ada sesuatu yang tidak kena. Aku tak boleh masuk mana-mana laman web langsong.
Aku tak puas hati. Macam le aku banyak sangat hutangnya tak dibayar lagi. Nak tutup talian aku senang-senang hati. Aku tengok sambungan. Aku periksa modem. Tetiba aku terpandang ini :
Internet Terputus...Pada ruangan status didapati sambungan PPP aku macam 'down'. Tak leh jadi ni. Nak kena report ni. Aku pun dok mendail nombor panas TMNET, 1 300 88 1515 ... hancus.. sessi mendengar lagu sahaja.. aku cuba pula nombor panas STREAMYX, 1 300 88 9515 ... sama sahaja... panas.. aku dapat dengar lagu jugak. Tapi, aku dapati ada macam pengumuman di dalam nombor panas tu, perempuan tu bagi tau adanya gangguan perkhidmatan Streamyx di kawasan Lembah Klang. Hmmm...

Aku masih tidak puas hati.... aku tulis satu surat cinta pada Streamyx.

Dari: gojira.jr@gmail.com
Kepada:
streamyx@tm.net.my
Tarikh: Oct 19, 2005 7:44 AM
Perkara: Tidak boleh masuk internet

Selamat Pagi,

Ada pun pagi ini saya tidak boleh memasuki internet. Adakah ia berpunca
dari modem saya atau sememangnya line streamyx mempunyai masalah pagi ini.
Harap diberikan penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Dari saya
Gojira Muda


Selepas surat ini ditulis, baru aku terfikir macam mana nak hantar. Oh ya, pakai le 'dail-up'. Aku pun mencuba. Haaahh berjaya sambungan 23kbps sahaja.. Aaaa.. janji ada.. dan surat aku juga berjaya di hantar.

Hari ini, aku masuk internet. Huh.. semuanya kembali macam biasa. Laju jugak, dan tempat yang aku nampak 'down' semalam di dalam modem aku, pun dah tak 'down' dah.
Internet Tersedia..Kelajuan sambungan internet yang diperolehi juga agak memuaskan.
Ujian Speedometer hari ini..Bila agaknya diorang betulkan masalah tu. Aku tengok peti surat aku, ada rupanya surat dari Cik Streamyx tu.


Dari : TM Net Customer Care Support
Kepada :
Gojira
Tarikh: Wednesday, October 19, 2005 12:05 PM
Perkara: Tidak boleh masuk internet

Encik Gojira,

Terima kasih kerana menghantar e-mel kepada pihak kami.

Encik, merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa anda perlu memberi butir-butir akaun TMNet anda seperti dibawah. Kami akan mengajukan kes ini kepada Unit Teknikal bagi menjalankan siasatan lanjut.

- Nombor Akaun
- Username
- Keadaan lampu DSL
- Error Messages.
- Jenama Modem
- Operating System (Win 98/ Win XP)
- Pernyataan Masalah

Encik, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di streamyx@tm.net.my atau 1-300-88-9515.


Yang benar,
Cik Streamyx
Customer Care Support,
TMNet Sdn. Bhd.

Laman Web: www.tm.net.my
Cam ne ni? Masalah dah selesai. Aku perlu balas ke surat tu? Hmm.. nanti lah, kalau ada masalah lagi...

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?