Kisah dan pengalaman bersama Streamyx dari TMNet
Daripada : gojira.jr(a)gmail(.)comKepada : custcare@tm.net.myTarikh : 11-Oktober-2006 00:01Perkara: Streamyx saya masih tidak AKTIFSelamat Malam...Saya mulakan dengan maklumat diri saya : - Pakej Streamyx : Streamyx G.Lite Home Basic RM88 - Nombor Akaun Streamyx : 20050-207-XXX-XXX - Username : - Keadaan lampu DSL : tidak menyala - Error Messages : Mesej pada modem - PPP session is not ready! Mesej pada Browser - Page not found! - Jenama Modem : ZTE ZXDSL 831 - Operating System (Win 98/ Win XP) : Win ME - Nombor Telepon : 07-59xxxxx - Pernyataan Masalah : Tiada access ke INTERNET. Akaun Streamyx saya masih tidak AKTIF. Sejak saya membuatpermohonan untuk memindahkan talian Streamyx saya ke nomborbaru 07-59xxxxx, pada 4 Oktober lalu, saya masih lagi tidakdapat menggunakan perkhidmatan Streamyx ini.Semasa memohon, pegawai yang terlibat, menyatakan sambunganakan aktif dalam masa 24jam. Setelah 24jam, saya beberapakali membuat aduan di 1300-88-9515, akan tetapi akhirnyadiberi sebab bahawa permohonan saya ini belum cukup 3 hari.Akhirnya, selepas seminggu menunggu, saya masih lagi gagal untuk menggunakan perkhidmatan ini. Apa yang telah saya lakukan :1. Talian telepon rumah saya sememangnya berfungsi, boleh menerima dan membuat panggilan.2. Modem ZTE saya juga berfungsi kerana telah diuji ditalian lain dengan menggunakan akaun streamyx yang lain.3. Lampu DSL pada modem tidak menyala setelah modem melakukan proses pengaktifan. (sila lihat gambar yang dilampirkan)4. Katanama dan katalaluan saya benar dengan mencubanya di https://tmbill.tm.net.my/SelfCare/Maintenance/selfcareLogin.jsp Untuk makluman, bill terkini saya tertunggak sebanyak RM88 sehingga20 Oktober ini. Saya juga ingin pihak TMNET mempercepatkan proses pengaktifan talian Streamyx saya dan memohon agar diberikan REBAT kerana sudah agak lama tidak dapat menggunakan perkhidmatan yang dibayar. Sekian, terima kasih.Gojira Muda019738XXXX