1.9.05

 

Kawanku punya cerita..

Kasda ADSL ModemSiang tadi aku pergi ke pejabat seorang sahabat. Dia dah lama menjadi pelanggan Streamyx ni. Ada masa nanti, aku jemput dia ke sini. Minggu lepas, dia ada beli satu Komputer cap ayam dari aku. Meronta-ronta suruh aku cuba buat satu rangkaian tempatan bagi 3 buah komputer yang ada di pejabatnya.

Masalah berkaitan penyediaan rangkaian tempatan tidak begitu rumit. Kelengkapan seperti Kabel UTP dan 'Switch' telah disediakan. Cuma untuk membuat 'setting' pada Sistem Pengoperasian sahaja. Oleh kerana dua dari komputer tersebut menggunakan 'Windows XP', kerja-kerja ini menjadi lagi mudah. Cuma satu lagi komputer sahaja belum diuruskan.

Komputer tersebut dipasang dengan 'Windows ME' dan merupakan komputer utama di pejabat itu. Aku tak tau, sampai bila dia nak pakai komputer tu. Dengar khabar, banyak kali gak dah bagi kerenah, tapi sahabat aku ni tetap sayang dan setia padanya. Dengan komputer ini juga dia menggunakan perkhidmatan Streamyx.

Secara teorinya, sahabat aku menggunakan Modem ADSL ini (sila lihat gambar) dalam Mod 'Bridge'. Bagi sambungan ke Internet, dia terpaksa mengaktifkan 'dail-up' terlebih dahulu dari komputernya. Setelah berjaya baharulah dia boleh melayari laman-laman yang ada di Internet.

Dengan rancangan untuk menyediakan rangkaian tempatan di dalam pejabatnya itu, dia terpaksa mengubah stuasi ini. Apabila rangkaian tempatan pejabatnya telah tersedia, semua komputer bukan sahaja dapat berkongsi fail dan pencetak antara satu sama lain, akan tetapi kemudahan Internet juga dapat dikongsi dengan satu talian. Masalah utama sekarang ini adalah, Mod 'Bridge' perlu digantikan dengan Mod 'Router'. Hanya model ADSL Modem yang memiliki ciri 'Router' sahaja yang membolehkan sambungan dibuat terus ke 'Switch' atau 'Hub', seterusnya ke rangkaian komputer. Jika tidak, satu alat yang bernama 'Router' diperlukan dalam penyediaan rangkaian tempatan ini.

Secara fizikal, komputer-komputer harus bersambung ke 'Switch' atau 'Hub'. Kemudian, ianya disambungkan ke 'Router' dan 'Modem'. Dengan ini, satu penyediaan rangkaian tempatan yang bersambung dengan Internet telah tersedia.

Cara mudah untuk mengkonfigurasi 'Local Area Connection' bagi Sistem Pengoperasian Windows XP adalah dengan menyelaras 'Internet Protocol (TCP/IP)' :
IP Address: 192.168.1.X (setiap pc dibezakan, X bermula dari 2 hingga 254)
Subnet Mask: 255.255.255.0
Default Gateway: 192.168.1.1 (Alamat IP bagi Modem)
Preferred DNS Server: 202.188.0.133
Alternate DNS Server: 202.188.1.5

Semua komputer harus dinamakan dengan nama yang unik (berbeza) dan dalam kumpulan ('Workgroup' atau 'Domain') yang sama.

Bagi Modem KASDA KE318D ADSL MODEM, ia dikatakan memiliki ciri 'Router'. Oleh itu, modem ini boleh ditukar dari Mod 'Bridge' ke Mod 'Router' dengan mudah.

Pertamanya, harus menyediakan satu Pengguna Root bagi modem ini.
Langkah-langkahnya :
1. Buka pelayar dan taip URL ini >> 192.168.1.1/hag/emweb/PopOutUserAdd.htm
2. Tunggu sehingga satu Kotak Popup Dialog terpapar dan meminta untuk dimasukkan 'username' dan 'password'.
Guna data ini,
Username: user
Password: password
3. Sekarang muka untuk menambah pengguna akan terpapar.
Tambah sebarang nama pengguna ('username') yang disukai tetapi pastikan kategori pengguna adalah “ROOT”.
4. Tutup pelayar sekarang dan jangan sama sekali mematikan modem.
5. Buka pelayar semula dan taip URL ini >> 192.168.1.1
6. Sekarang, masukkan username dan password yang telah anda buat pada langkah 3 tadi.
7. Pergi ke 'Admin Tab' dan pilih “Commit and Reboot”. Sekarang, klik butang 'COMMIT'. Ini akan membuatkan anda menyimpan segala data yang anda sediakan dari langkah 1 hingga 7.

Kemudian, menjadikan modem ke Mod 'Router' :
1. Pergi ke Home Tab dan klik pada 'Quick Configuration'.
2. Pastikan Pilihan diisikan seperti di bawah :
ATM Interface: 0
Operation Mode: Enabled
Encapsulation: PPPoE LLC
VPI: 0
VCI: 35
PPP Username: yourname@streamyx
Password: xxxx

3. Klik butang 'SUBMIT'.
4. Kemudian, Pilih System Mode. Pastikan semua setting (radio button) dilaras sebagai disable. Dan klik butang 'SUBMIT'.
5. Pergi ke Services Tab.
6. Klik pada NAT.
NAT Options: NAT Global Info.
Pilih untuk Enable pilihan butang radio dan klik butang 'SUBMIT'.
7. NAT Options: NAT Rule Entry.
8. Klik pada butang ADD.
Masukan data seperi di bawah :
Rule Flavor: NAPT
Rule ID: 1
IF Name: ALL
Protocol: ANY
Local Address From: 192.168.1.2
Local Address To: 192.168.1.255

9. Klik butang 'SUBMIT'.
10. Pilih DNS.
11. Klik pada Enable butang radio.
12. Klik butang 'SUBMIT'.
13. Pergi ke Admin Tab.
14. Pilih 'Commit And Reboot'
15. Klik pada Butang 'COMMIT'.
16. Tunggu hingga skrin di segar-semula dan klik pada butang 'Reboot'.

Sekarang anda boleh melayari internet tanpa menggunakan pendail PPPoE.

Merujuk dari laman DSLREPORTS.COM.

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?