14.9.05

 

Surat untukmu

Tadi, tangan aku gatal. Aku hantar le satu surat ke streamyx@tm.net.my. Surat merintih kasih dari dia. Agak2 korang, dia balas tak kasih tu?


Dari: gojira.jr@gmail.com
Kepada: streamyx@tm.net.my
Tarikh: Sep 14, 2005 8:24 PM
Perkara: Kawasan Liputan Streamyx

Salam hormat.

Adapun saya dengan ini amat terharu terhadap lebih
dari 5 ribu pengguna Internet seluruh Malaysia. Bagi
mereka, bukan disebabkan mereka tidak mampu
atau mahu untuk beralih kepada Perkhidmatan
Streamyx dari TMNet. Akan tetapi, kebanyakkan
dari mereka tidak dapat melanggani perkhidmatan
jalur lebar ini disebabkan oleh perkhidmatan ini tidak
sampai atau disediakan di kawasan mereka. Bagai-
mana ini boleh terjadi?

Saya rasa, pihak Streamyx lah yang lebih maklum
dalam hal ini. Dan mengapa, kadang-kadang
perkhidmatan itu hanya dapat disediakan di sebelah
jalan sahaja. Di sebelah jalan yang lagi satu,
perkhidmatan tidak disediakan walaupun kedua-dua
tempat ini di jalan yang sama.

Oleh itu, saya berharap dapat kiranya pihak tuan,
menyediakan satu muka laman di mana kami
dapat menyemak atau mengetahui tempat-tempat atau
kawasan jalan yang sudah memiliki perkhidmatan ini
agar kami dapat beralih tempat dahulu sebelum
melanggani perkhidmatan jalurlebar yang bermutu ini.
Ianya bolehlah ditambah dalam senarai maklumat yang
terdapat di link URL ini :
http://www.tm.net.my/html/pstreamyx_customer.cfm

Saya tidak mahu, ada antara kami sentiasa diberi
pelbagai dan bermacam promosi dari Streamyx
sedangkan selepas mendaftar untuk melangganinya
kami dimaklumkan perkhidmatan itu belum lagi
tersedia di kawasan kami. Sekiranya kami boleh
mengetahui kawasan liputan yang telah disediakan
oleh Streamyx, tidaklah kami beriya-iya mendaftar
setelah mengetahui ianya tidak tersedia. Dan kami
bolehlah merancang untuk menetap di kawasan yang
ada perkhidmatan ini sahaja pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Dari saya
Salah seorang pengguna Internet Malaysia
Gojira Junior

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?